Searching...
Friday 27 April 2012
07:28 0

Pendedahan Eksklusif Bilik 7: Pergaduhan Lisdawati & Rita Rudaini

TAHUN 2006 kalau masih anda ingat, satu pergaduhan yang agak epik berlaku antara Rita Rudaini & Lisdawati atau pada masa itu namanya masih Nisdawati.


Sehingga ke hari ini, masih kurang jelas atas sebab apa pergaduhan antara mereka terjadi ketika itu  yang mana Rita Rudaini berkata ianya salah satu babak dalam skrip.

Manakala Lisdawati mendakwa dirinya dianiaya kerana babak terakhir dalam drama Kau Yang Ku Sayang yang juga turut melibatkan Fahrin Ahmad dan Zed Zaidi tidak wujud dalam skrip.

Isu pergaduhan mereka ketika itu menjadi isu nasional sehingga melibatkan banyak persatuan artis yang meminta mereka berdamai dan menjadi bahan jenaka di majlis-majlis anugerah.

Malam ini, melalui program Bilik 7 kelolaan Richie Rachman, Lisdawati akan tampil mengimbas kembali apa sebenarnya yang berlaku disebalik insiden itu. Jangan ketinggalan 9.00 malam ini hanya di NTV7.


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...