Searching...
Sunday 22 April 2012
22:17 0

Lawatan PM Akan Disambut Meriah – Ku Li



GUA MUSANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijadual melawat ke jajahan ini pada 4 Mei akan diberi sambutan meriah, kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata, persiapan menyambut kedatangan Najib yang dijadual merasmikan Program Komuniti 1Malaysia di Pusat Sivik di sini pada 10.45 pagi akan dihadiri ribuan penduduk berbilang kaum.

“Sebenarnya lawatan Perdana Menteri dianjurkan Kementerian Penerangan (Komunikasi dan Kebudayaan) dan kita UMNO bahagian turut terbabit sama untuk memberi sambutan supaya lebih meriah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jalinan Murni di Dewan Asrama Sekolah Kebangsaan Kuala Betis, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Tengku Razaleigh menyampaikan bakul makanan kepada 751 isi rumah kaum Orang Asli dan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada 500 pelajar anak Orang Asli SK Kuala Betis yang disediakan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mengenai Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dijanjikan kepada penduduk semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Galas November 2010, Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata fasa pertama projek itu membabitkan pembinaan 1,000 unit rumah kini berjalan lancar.

Katanya, projek kerajaan pusat itu membabitkan peruntukan hampir RM200 juta untuk pembinaan 1,500 unit rumah kesemuanya.

Pada lawatan itu, Perdana Menteri juga dijadual menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Razaleigh Hamzah di sini. 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...