Searching...
Sunday 22 April 2012
22:15 0

Koperasi Di Felda, Felcra Disaran Jual Petrol


BERA – Koperasi di kawasan tanah rancangan Felda atau Felcra disaran supaya menceburi bidang perniagaan minyak petrol selain menjual barang-barang runcit untuk keperluan penduduk setempat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka perlu merebut peluang itu memandangkan kerajaan menyediakan bantuan dan pinjaman serta pelbagai kemudahan kepada koperasi bagi menjalankan perniagaan terbabit.

“Peluang seumpama itu perlu direbut oleh koperasi-koperasi di tanah rancangan bagi memudahkan penjualan minyak petrol kepada penduduk setempat.

“Sehingga ini sebanyak 46 buah koperasi di tanah rancangan Felda dan Felcra seluruh negara telah menjalankan perniagaan minyak petrol di mana 20 buah daripadanya di negeri Pahang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Stesen Minyak Mini dan Kedai Koop 1Malaysia milik Koperasi Peneroka Felda Purun di Purun, Bera di sini hari ini.

Katanya, dengan menjalankan pelbagai perniagaan, ia secara tidak langsung boleh menggiatkan lagi perniagaan koperasi terbabit dan sekaligus memberikan keuntungan kepada koperasi dan peserta. 


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...