Searching...
Monday 2 April 2012
18:50 0

Kate Winslet Nak Termuntah Dengar 'My Heart Will Go On'



HEROIN filem Titanic, Kate Winslet secara terbuka menyatakan bahawa dia tidak menggemari lagu tema filem itu, My Heart Will Go On, dan lagu nyanyian penyanyi terkenal, Celine Dion, mampu membuat dia termuntah bila mendengarnya.


Kate berkata, dia terpaksa berpura-pura di hadapan khalayak ramai ketika mendengar lagu yang memenangi anugerah Oscar itu dan tidak suka apabila disuruh peminat untuk menyanyikan lagu tersebut.


“Saya bagai nak termuntah.


“Saya harap sangat supaya yang mampu berkata, ‘Oh dengar semua, itu lagu nyanyian Celine Dion’, tapi saya tak mampu buat begitu.


“Saya terpaksa duduk di situ dan meluruskan wajah dan pandangan saya dengan membeliakkan mata sahaja,” kata Kate yang memegang watak Rose DeWitt Bukater di dalam filem itu.


Menurut Kate, ada peminat yang mahu mendengar dia menyanyikan lagu tema Titanic itu di depan mereka dan menyatakan bahawa dia tidak akan sekali-kali berbuat demikian.


“Saya menghadiri satu program temubual di Itali baru-baru ini dan pemain piano di rancangan tersebut memainkan lagu tema itu. Saya dipaksa untuk menyanyikan lagu itu seolah-olah saya pula penyanyi asal lagu tersebut.


“Saya bagai nak menyatakan ‘tidak! Saya takkan buat (menyanyikan lagu) itu,” katanya lagi yang dipetik dari Foxnews.com.


Kate, 36, kini sedang menyertai siri jelajah mempromosikan pelancaran filem ‘Titanic 3D’ yang bakal ditayangkan pada 4 April ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...