Searching...
Thursday 5 April 2012
16:49 0

IU atasi selebriti lain



Bukan sahaja kecantikan, malah penampilan seseorang selebriti turut diukur untuk dinobatkan sebagai juara’ Ideal Type World Cup’ di Korea.

Tinjauan yang dijalankan secara online lebih memihak kepada, IU, yang mengungguli carta, sekali gus mengalahkan bintang jelita, Suzy (miss A), Taeyeon (SNSD) Yoona dan Jessica.

Nama-nama itu telah dipilih oleh masyarakat dan peminat mereka sendiri. Menerusi carta itu, terbuktilah bahawa IU lebih berpengaruh dan mempunyai ramai peminat.

Diberi peluang mengulas perkara ini, IU tidak pernah menyangka dirinya akan mengatasi bintang lain. Tidak pernah mengharapkan untuk dinobatkan dengan mana-mana gelaran, IU hanya ingin namanya terus diingati sebagai penyanyi.

Mengakui kehebatan IU, ramai berpendapat bahawa populariti tidak bermakna mereka dilahirkan sebagai seorang yang berbakat besar dalam karier.

IU dilahirkan pada 16 Mei 1993 dan memulakan karier sebagai penyanyi sejak 2008 dengan menampilkan album pertamanya, Lost And Found.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...