Searching...
Sunday 1 April 2012
19:00 0

Isu KFA, Hamidan Disingkirkan ?




ALOR SETAR - Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) hari ini menafikan khabar angin bahawa penyerang import dari Ghana, Mohammed Hamidan telah disingkirkan.


Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Hamdan Mohamed Khalib berkata, khabar angin kononnya KFA telah memberi surat penyingkiran kepada Hamidan seperti yang didakwa oleh segelintir penyokong Kedah dalam laman sosial Facebook adalah tidak benar. Beliau berkata, Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak KFA akan meneliti laporan prestasi pemain import Kedah itu pada mesyuarat Rabu depan bagi menentukan nasib sama ada Hamidan akan kekal bersama Kedah.


Katanya, hanya Pengurus Pasukan, Datuk Khazali Din dan Ketua Jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan berhak menentukan perkara itu kerana mereka yang lebih tahu dan arif tentang pemain dalam pasukan mereka.


"Setakat ini Hamidan telah dapat menyesuaikan diri dengan pasukan Kedah dan ini telah memberi keyakinan baru kepada Wan Jamak terhadapnya (Hamidan) dalam usaha memburu kemenangan selepas ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...