Searching...
Tuesday 3 April 2012
00:47 0

Balotelli buat Mancini resah



BALOTELLI (kiri) bertegang leher dengan Kolarov (kanan) siapa yang patut melakukan sepakan percuma.


MANCHESTER: Roberto Mancini sekali lagi dipaksa menjawab soalan mengenai sikap kurang sopan penyerangnya, Mario Balotelli ketika Manchester City bagaikan melepaskan inisiatif mengejar kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan keputusan dramatik seri 3-3 menentang Sunderland.

Dengan hanya satu kemenangan daripada empat perlawanan terakhir liga, City kini tampak berdepan tekanan dalam misi pemburuan kejuaraan bersama United dan perkara terakhir yang tidak diingini Mancini ialah kekacauan daripada Balotelli. “Saya hanya mempunyai Carlos Tevez di bangku simpanan namun saya berfikir menggantikan Mario selepas lima minit,” kata Mancini. “Dia tidak bermain dengan baik. Dalam perlawanan seperti ini, penyerang perlu lakukan sesuatu berbeza, bukan hanya bermain untuk tiga atau dua minit terakhir namun akhirnya dia menjaringkan dua gol.


“Dia dan Edin Dezko sepatutnya menjaringkan dua atau tiga gol dalam perlawanan seperti ini.”

Balotelli bukan sahaja menarik perhatian dengan jaringannya malah turut berbalah dengan pegawai, pemain lawan dan paling mengejutkan, bertengkar dengan rakan sepasukannya Aleksandar Kolarov siapa yang patut mengambil sepakan percuma.

Masalah di posisi serangan Mancini turut dikejutkan dengan kecederaan pelik penyerang Argentina, Sergio Aguero, yang tidak diturunkan selepas mengalami reaksi alahan selepas meletakkan semburan di pergelangan kaki minggu lalu












0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...