Searching...
Saturday 28 April 2012
16:23 0

Azmin Dan Zuraidah Turun Padang



KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Pakatan Rakyat, Azmin Ali dan MP PKR Ampang, Zuraidah Kamarudin ketika ini sudah pun turun padang untuk bertemu dengan penyokong-penyokong perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0.

Azmin yang berada di hadapan bank CIMB duduk bersama pengikut-pengikutnya memberikan ucapan yang menyokong usaha rakyat muda yang menyertai perhimpunan bersih.

“Saya bangga dengan golongan muda, yang berani untk tidak takut dengan semua pihak.

“Tahniah kerana anda semua, kita tidak takut dengan polis, tidak takut dengan Najib, tidak takut dengan Rosmah Mansor,” kata Azmin di sini hari ini.

Orang ramai yang berada di situ juga bersorak menyokong kenyataan Azmin.

Azmin juga menyeru agar pengikut-pengikutnya hari ini untuk berani bertempur bagi mendapatkan hak menggunakan kawasan Dataran Merdeka kerana mendakwa kawasan itu bukan hak UMNO.

Sementara itu, Zuraida pula mencipta lagu tema 28 April 2012, Dataran Tidak Merdeka dan mengajak orang ramai menyokong penyeruan Azmin.


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...