Searching...
Thursday 29 March 2012
01:57 0

Subsidi Naik RM0.10 - Harga Petrol RON95 Kekal.



PUTRAJAYA 28 Mac - Kerajaan telah menetapkan Harga Petrol bagi RON 95 dikekalkan pada harga sedia ada RM1.90 seliter meskipun berhadapan dengan kenaikan Harga Bahan Bakar tersebut di peringkat pasaran global.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, Kerajaan setakat ini masih mampu mengekalkan harga sebelum ini dengan penambahan Subsidi 10 sen bagi bulan ini kepada RM1.03.

"Langkah ini perlu bagi memastikan rakyat tidak dibebani kesan sampingan berikutan kenaikan harga minyak global.

"Kerajaan masih mengekalkan subsidi itu kerana kita tahu kalau tidak dikekalkan, harga barangan lain termasuk yang tidak ada kaitan dengan minyak akan naik sebab apabila kos pengangkutan meningkat, ia akan dimasukkan dalam harga barangan," kata beliau selepas berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Beberapa buah Negara sebelum ini telah berdepan dengan bantahan keras rakyat masing-masing telah mengambil keputusan menaikkan harga Petrol secara mendadak kesan daripada pasaran harga bahan bakar itu.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...