Searching...
Sunday 18 March 2012
23:50 0

Siti Nurhaliza Inginkan Khidmat Bruno Mars, Mahu Pasarkan Album Di Luar Negara!



Untung jadi penyanyi nombor satu Malaysia. Terkini dari Datuk Siti Nurhaliza, beliau mahu dapatkan khidmat dari Bruno Mars pula untuk album inggeris keduanya.

Menurut mStar Online, Datuk Siti Nurhaliza mahu mendapatkan khidmat dari penyanyi yang popular dengan lagu “Just The Way You Are” itu kerana beliau memang meminati bakat yang ada dalam diri Bruno Mars. Selain itu, beliau juga bersama label What’s Up Entertainment merancang untuk memasarkan album inggeris keduanya ini di peringkat antarabangsa.

Namun begitu, album kedua Datuk Siti Nurhaliza ini masih lagi dalam perancangan dan mereka masih belum lagi menghubungi Bruno Mars untuk mendapatkan persetujuan.

“Album kedua itu masih lagi dalam peringkat perbincangan malah masih belum ada apa-apa persetujuan daripada pihak mereka lagi. Bagaimanapun jika hasrat itu dapat dilaksanakan ia akan menjadi satu batu loncatan untuk saya mengembangkan karier di peringkat antarabangsa.” – Datuk Siti Nurhaliza


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...