Searching...
Monday 26 March 2012
23:15 1

Rosyam Nor Patah Tulang Bahu Berlakon Filem Libas


KUALA LUMPUR – Pelakon yang mendapat gelaran hero nombor satu tempatan, Rosyam Nor tidak dapat melupakan pengalaman pahit apabila tulang bahu kirinya patah sewaktu berlakon dalam filem Libas dua tahun yang lalu.

Menurut anak kelahiran Kampung Kerinci, Kuala Lumpur ini, dia mengalami kecederaan itu semasa melakonkan watak Adnan dalam satu adegan lagak ngeri yang dilakukannya sendiri dalam filem pertama arahan Jurey Latiff Rosli tersebut.

“Akibat kemalangan itu tulang bahu saya patah dan terkeluar selepas saya melakonkan adegan stunt (lagak ngeri) sewaktu bermain sepak raga. Doktor menasihatkan saya menjalani pembedahan dan kalau ia dilakukan saya perlu berehat selama lapan bulan.

“Sedangkan penggambaran Libas tinggal tiga hari hendak selesai. Jadi, saya terpaksa bersabar sehinggalah tamat penggambaran filem itu,” katanya pada sidang akhbar selepas pratonton Libas di pawagam TGV, Wangsa Walk di sini baru-baru ini.

Libas yang akan ditayangkan di seluruh negara mulai 29 September ini merupakan sebuah filem yang berkisar tentang pertandingan sepak takraw di mana ia antaranya dibintangi oleh Scha Al-Yahya, Adam Corrie Lee dan Sathiya.

Bagaimanapun kelas Rosyam, dia puas hati berlakon dalam filem aksi komedi itu kerana tertarik dengan jalan cerita dan penggunaan lebih separuh teknik imej janaan komputer atau CGI dalam filem tersebut, apatah lagi ia dirancang penerbitannya sejak tujuh tahun lalu.

“Saya menerima tawaran berlakon dalam filem ini juga kerana Jurey mahu menunaikan janji yang telah dibuatnya kepada saya di Bangkok, Thailand lebih tujuh tahun lalu. Dia kata mahukan saya menjadi hero dalam filem pertama arahannya itu.

“Pada masa sama, saya tertarik dengan jalan cerita dan konsep filem ini yang mampu memberi impak kepada para penonton dengan elemen-elemen komedi ringan. Saya yakin filem seperti ini mampu terus melonjakkan nama saya dalam bidang perfileman di negara in,” ujarnya.

1 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...