Searching...
Saturday, 31 March 2012
01:50 0

Lilli: Seekor Anak Lembu Enam Kaki



BERN – Seekor anak lembu baka tenusu yang dinamakan sebagai Lilli, menjadi tarikan dunia apabila dilahirkan istimewa dengan memiliki enam kaki dan kini sudah berusia tujuh minggu.

Lilli yang kini tinggal di sebuah ladang di Weissinburg dilaporkan hidup di dalam keadaan sihat, namun ia memerlukan penjagaan rapi bagi mengelak kemurungan yang biasa terjadi kepada haiwan-haiwan yang dilahirkan pelik.

Kejayaan Lilli meneruskan kehidupan yang sihat sepanjang tujuh minggu itu menafikan ramalan awal pakar-pakar veterinar yang menjangkakan anak lembu itu tidak akan hidup lama selepas dilahirkan.

Menurut peladang yang merupakan pemilik haiwan istimewa ini, Andreas Knutti, anak lembu itu enggan disisihkan dari kelompok lembu-lembu lain yang dilepaskan bebas meragut di kawasan pergunungan Alpine.

Justeru itu, meskipun Andreas menyedari bahawa anak lembu itu tidak akan menjadi lembu susu yang normal, dia membuat keputusan untuk membiarkan Lilli bersama ‘rakan-rakan’nya untuk menikmati rumput-rumput segar di musim panas ini.

Dalam perkembangan berkaitan, pakar veterinar, Auto Zardiashvili menjelaskan bahawa kes Lilli itu mungkin terjadi disebabkan mutasi yang berlaku ketika ibu haiwan itu bunting.

“Pada awalnya mungkin ia dijangka bakal melahirkan kembar, namun mungkin embrio itu bertaut menjadi satu dan kita mendapat seekor kambing yang pelik,” katanya yang dipetik dari dailymail.co.uk.

Menurutnya lagi, mutasi bukanlah sesuatu yang asing memandangkan seekor kucing telah dilahirkan berkaki tiga dan seekor anak kambing biri-biri dilahirkan mempunyai dua kepala di Georgia pada awal tahun ini.

Begitu juga dengan kes seekor kambing biri-biri jenis piebald yang dilahirkan dengan memiliki empat kaki depan dan dua kaki belakang di kawasan yang sama pada awal Januari lalu, sama seperti yang belaku pada seekor kambing biri-biri di Belgium pada tahun 2006.

Manakala pada Ogos 2010, seekor kambing dilahirkan dengan hanya memilik dua kaki di mana pemiliknya yang pada mula berniat untuk membunuh haiwan tersebut membatalkan hasrat itu dan sebaliknya menjadikan anak kambing itu sebagai haiwan peliharaannya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...