Searching...
Monday 30 June 2014
06:40 0

INFO JANGAN MAKAN DENGAN TANGAN KIRI


 



JANGAN MAKAN DENGAN TANGAN KIRI



JANGAN MAKAN DENGAN TANGAN KIRI

Sempena puasa dan adab berbuka puasa hal ini perlu diingatkan.

Makan dengan tangan kanan adalah adab makanan yg paling zahir dalam majlis makan muslim. Ia lambang yg nyata dan adab yg tertonjol. Dalam hadis lain baginda menyebut:


“Apabila seseorang kamu makan, makanlah dengan tangan kanannya. Apabila dia minum, minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kiri” (Riwayat Muslim).




Hadis ini hendaklah difahami di sudut spiritualnya. Baginda bercakap di sudut spiritual yg hanya dapat difahami oleh orang yg menghayatinya. Sikap anti-syaitan diajar oleh Islam sehingga kita disuruh berbeza dengannya dalam segala cara, termasuk cara makan.
Makan ataupun minum dengan tangan kiri adalah amalan syaitan. Islam menyatukan budaya makan dengan menjadikan tangan kanan sebagai adab makan yg jelas kelihatan bagi orang muslim.

Malangnya, masih ada yg makan ataupun minum dengan tangan kiri. Ini termasuk mereka yg menggunakan garpu (folk) untuk menyuap lauk ataupun makanan lain ke mulut. Juga mereka yg minum tangan kiri kononnya kerana tangan kanan ada bekas makanan. Kesemuanya ini dilarang oleh Nabi s.a.w dan ditegaskan ia menyamai cara syaitan.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...