Searching...
Saturday 21 June 2014
22:30 0

BERITA ! Suami Tetak Isteri, Kantoi Ketika Sedang 'Henjut' Dengan Lelaki Lain






gambar hiasan


Hati suami mana tidak terkedu melihat isteri dalam keadaan yg tanpa seurat benang bersama lelaki lain. Itulah yang berlaku kepada seorang peniaga kuey teow goreng dari Alor Setar, Kedah. Tidak cukup dengan itu, lelaki yg meniduri isterinya itu adalah pembantu gerainya sendiri. Oleh sebab itu, si suami bertindak di luar jangkaan dengan menetak kedua-dua mereka.

Kejadian menggemparkan ini berlaku di rumah sewa suspek di Kampung Langgar kira-kira jam 2 pagi Rabu yang lalu. Suspek yg pulang ke rumah melihat isterinya dan pembantu gerainya tanpa seurat benang bertindak menetak kedua-dua mereka.


Suspek dan keluarganya berpindah ke rumah tersebut kira-kira seminggu yg lalu. Suspek melanjutkan tempoh perniagaannya sehingga 3 pagi atau 4 pagi sejak bermulanya kejohanan Piala Dunia.

Namun, dia dipercayai balik ke rumah lebih awal untuk menonton perlawanan diantara Brazil dan Mexico yg bermula pada pukul 3 pagi.

Suspek berusia 28 tahun itu menyerah diri di balai polis berdekatan selepas menetak kedua-dua mangsa.

Daripada tetakan tersebut, pembantu gerai itu yang berusia 39 tahun hampir putus tangan kiri manakala isterinya yg berusia 32 tahun cedera parah di paha kiri. Kedua-dua mereka dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, dekat sini.

Berikutan itu, suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 24 Jun ini untuk membantu siasatan. Kes disiasat dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...