Searching...
Monday 30 June 2014
06:38 0

ARTIS Johan As’ari: Saya Buat Laporan Polis Kerana Mahu Hak Saya


 





“Ya, Zizan ada hubungi saya menerusi aplikasi ‘Whatsapp’ selepas saya memberi kenyataan kepada Harian Metro baru-baru ini,” jawab pelakon yg juga artis naungan Wirefame Entertainment Sdn Bhd (WFE), Johan As’ari, susulan isu pembekuan akaun oleh Pengarah Urusan WFE Zizan Razak.

Bagaimanapun ketika ditanya apakah kandungan ‘Whatsapp’ daripada Zizan, Johan hanya tersenyum dan berkata perkara tersebut biarlah hanya dia Zizan sahaja yg tahu.

Menurut Johan dia memberi kenyataan tersebut kepada Harian Metro baru-baru ini kerana kecewa dengan tindakan Zizan yg mengarahkan bank menyekat akaun syarikat.

“Saya bengang kerana perbuatan dia benar-benar menyusahkan kami di WFE. Kebetulan saya memerlukan wang untuk keperluan harian selain melangsaikan bil hospital ibu yg sedang sakit.

“Saya tidak bencikan Zizan, tetapi saya bencikan tindakan dia. Saya sayangkan dia cuma terkilan, kerana dia kawan kami dan sebagai seorang pengarah syarikat, dia perlu profesional dan berfikir lebih bijak sebelum membuat tindakan," katanya.

Perkara tersebut telah membuatkan Johan dan Kaka Azraf membuat laporan polis di Balai Polis USJ8 Subang Jaya pada 25 Jun lalu.

Johan ditemui pada sebuah sidang media khas yg dianjurkan oleh Pengarah Urusan Wire Fame, Marina Juki di hotel Holliday Villa di sini pada petang Khamis.

Dalam pada itu Johan turut memberitahu kontraknya dengan WFE sudah pun tamat pada Mei lalu dan dalam proses untuk memperharuinya.

“Sebenarnya kontrak tersebut masih belum siap dan masih dalam proses untuk disiapkan, tetapi disebabkan kemelut yg berlaku, ia tergendala.

“Saya nak tunggu dulu konklusi masalah ini dan tunggu selesai Zizan dan Marina menyelesaikan masalah Wire Fame barulah saya akan memikirkan semula sama ada mahu menyambung kontrak dengan syarikat itu atau tidak," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Johan bakal muncul dengan filem Juvana 2 dan Juvana 3, Tujuh, Kanang Anak Langkau, Gangster Superstar serta Ophilia.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...