Searching...
Monday 1 October 2012
10:00 0

Pasukan Skuba Lindungi Khazanah Marin

Khazanah Marin



BACHOK – Kerajaan melalui Jabatan Taman Laut Malaysia akan mempertingkatkan usaha melindungi khazanah marin negara.

Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia, Dr. Sukarno Wagiman berkata, usaha terbaharu dengan mewujudkan satu pasukan ronda unit skuba.

“Kita akan menempatkan 100 anggota unit skuba dalam pasukan ronda ini untuk melindungi khazanah marin di 38 lokasi taman laut di semenanjung dan empat lokasi di Labuan,” katanya di sini semalam.

Sukarno berkata, pasukan ronda itu akan mengesan pencerobohan di marin negara sama ada mereka yang mahu menangkap ikan atau memungut hidupan marin berharga.

Jelas beliau, usaha mengesan pencerobohan sukar dilakukan sebelum ini kerana aktiviti itu dilakukan di dasar laut dan kewujudan pasukan itu diharap mampu mengatasi masalah berkenaan.

Mengulas lanjut, kata beliau, aktiviti pencerobohan meningkat sejak kebelakangan ini memandangkan hidupan marin di kawasan taman laut mendapat pasaran tinggi di luar negara termasuk Hong Kong dan China.

Bagaimanapun, tegas beliau, keadaan masih terkawal dan pihaknya akan bekerjasama agensi kerajaan lain seperti Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan polis untuk mengatasi perkara itu. – mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...