Searching...
Wednesday 22 August 2012
08:58 0

Pengarah Hollywood Tony Scott Mati Bunuh Diri


Admin mendapat tahu yang pengarah filem terkenal Hollywood, Tony Scott, membunuh diri dengan melompat dari sebuah jambatan di San Pedro, California. Dikenali dengan banyak filem aksi - termasuk Top Gun dan Enemy of the State - Scott dilaporkan memanjat pagar jambatan itu “tanpa teragak-agak” sebelum melompat ke air.

Beberapa saksi berkata, mereka melihat kasut Scott terapung-apung di air sejurus selepas dia melompat. Polis dan anggota Pengawal Pantai AS menarik keluar mayat Scott tidak jauh dari Jambatan Vincent Thomas itu yang dibina tidak jauh dari Pelabuhan Los Angeles. Koroner berkata, Scott, 68, melompat dari struktur jambatan itu. Media pula melaporkan, polis menemui sekeping nota dalam kereta Toyota Prius dipandu Scott yang ditinggalkan di atas jambatan. Menurut sumber, nota itu menyenaraikan maklumat bagaimana isterinya, Donna Scott, boleh dihubungi untuk memaklumkan insiden itu. “Penyiasat kemudian menemui nota terakhir ditinggalkan Scott di pejabatnya,” katanya. Bagaimanapun, kandungan nota itu tidak didedahkan setakat ini.


Pasukan Polis Semasa Mencari Mayat Tony Scott

Pihak berkuasa menghubungi penyelam dan sebuah helikopter untuk mengesan mayat Scott sebelum ia ditemui kira-kira jam 3 petang (6 pagi waktu Malaysia), empat jam selepas dia membunuh diri. Pencarian itu juga menyebabkan operasi feri ke Pulau Santa Catalina tergendala beberapa jam. Scott adalah adik kepada seorang lagi pengarah terkenal, Ridley Scot, yang pernah memenangi Oscar bagi filem seperti Gladiator dan Black Hawk Down. Scott - lahir di Britain pada 1944 - banyak diingati kerana kejayaan filem Top Gun yang dibintangi Tom Cruise. Filem lain diarah Scott ialah Days of Thunder, Beverly Hills Cop II, Spy Game, Unstoppable dan Crimson Tide.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...