Searching...
Friday 17 August 2012
16:09 0

Gambar Pelik Telur Ayam Besar

Kisah ini berlaku ketika Annie Egginton meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-59, dia terkejut mendapat hadiah luar biasa berbentuk telur ayam yang sangat besar. Memelihara ayam betina berusia setahun, Annie dan suaminya, Steve Egginton bagaikan tidak percaya apabila melihat telur seberat 170 gram berbanding telur biasa iaitu 57 gram.



Menetap di Chew Magna, Somerset. Pasangan suami isteri itu mendapat kejutan istimewa pada hari pembukaan Sukan Olimpik 2012. Menurut Egginton, 60, dia tidak pernah melihat telur sebesar itu walaupun mula memelihara ayam itu 3 dekat yang lalu. Ketika ini, mereka memelihara 3 ayam bernama Jessica, Doris, dan Heryetta untuk membekalkan telur bagi kegunaan harian.



Walaupun mempunyai keistemewaan begitu, Eggiton tidak bercadang menyimpan telur dihasilkan Jessica itu, sebaliknya ia dijadikan hidangan. ^_^

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...