Searching...
Wednesday 13 June 2012
16:37 0

Wah! Fafau Dah Ada Kekasih?


Kita jarang mendengarkan sebarang cerita atau kontroversi yang terpalit dalam hidup pelakon wanita, pengacara dan penyampai radio Hot.FM, Farah Fauzana sepanjang dia terbabit dalam industri hiburan.

Terbaru, tiada angin dan ribut, timbul pula cerita mengenai dirinya yang dikatakan sudah pun mempunyai kekasih hati!

Malah, kekasihnya itu didakwa adalah dari kerabat Raja? Benarkah?

Ada juga yang mengirimkan ucapan tahniah kepada dirinya atas berita gembira itu.

Hakikatnya, Farah sendiri sebenarnya tidak mengetahui bagaimana cerita yang dia mempunyai kekasih tersebar meluas.

Semuanya bermula sewaktu Farah berada di negara China ketika menjalani pengambaran rancangan Nona, dan ketika itulah cerita itu tersebar.

Selepas pulang ke Malaysia, ramai pula yang bertanya kepada dirinya bilakah hari bahagia itu akan berlangsung.

Atas dasar tidak mahu ramai pihak tersalah anggap dan meneruskan cerita tidak benar itu, Farah tampil memberikan penjelasan supaya tiada yang berkecil hati dengan dakwaan cerita itu.

“Apabila timbul kekecohan membabitkan gosip disiarkan, saya terpanggil untuk untuk menjelaskan kedudukan sebenar kerana cerita dalam gosip itu tidak benar. Saya tidak mempunyai teman lelaki apatah lagi kalangan kerabat diraja.

“Terus-terang, memang saya agak rapat dengan beberapa kerabat Pahang tetapi hubungan kami tidak lebih dari rakan. Waktu sama, kebanyakannya antara mereka sudah berumahtangga dan yang bujang seusia saya tidak ada.

“Saya bimbang kerana gosip ini akan menimbulkan salah faham bukan saja di kalangan peminat tetapi lebih penting ahli keluarga, teman rapat mahu pun orang yang cuba dikaitkan,” kata Farah menerusi Selebriti Metro.

Dalam isu mengatakan dia mempunyai kekasih dari kerabat Raja, Farah tidak menafikan dia pernah mengenali seseorang lelaki dengan rapat sebelum ini.

Namun, hubungan itu tidak berpanjangan.

Nampaknya, Farah masih lagi memegang status bujang dan tidak mempunyai kekasih hati lagi. Mungkin anda di luar sana ada yang menaruh hati kepada Farah? Bolehlah mencuba.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...