Searching...
Wednesday 13 June 2012
04:39 0

Siti Saleha Rasa Berat Untuk Bertudung?

SIAPA kata Siti Saleha kekok melakonkan watak-watak bertudung sama dalam drama atau filem? Bagi adik penyanyi kumpulan Bunkface, Sam ini dia sudah biasa bertudung, malah bertudung adalah penampilannya sejak dari zaman persekolahannya lagi.

Jelas Saleha, dia tidak berasa rimas dan dapat menghayati watak bertudung termasuklah dalam filem terbarunya berjudul Pencinta. Ini adalah kali ketiga dia melakonkan watak bertudung di mana filem itu kini sedang dalam penggambaran di sekitar Kuala Lumpur.

"Sebenarnya saya mula memakai tudung sewaktu di tingkatan dua di Sekolah Menengah Perempuan Methodist, Klang. Ketika itu, saya menjadi pengawas sekolah. Sebab itu, saya tidak berasa kekok bertudung kerana ia sudah lama saya lakukan termasuklah dalam lakonan.

"Malah, sebelum berlakon dalam filem Pencinta saya juga pernah melakonkan watak bertudung dalam drama Ustaz Amirul dan 7 Hari Di Neraka baru-baru ini. Walaupun watak-watak yang dilakonkan berbeza tetapi gaya pergerakan wanita bertudung itu tidak jauh beza," ujarnya.

Menurut Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd. Baharom, 22, pada masa sama dia mengakui lebih tercabar melakonkan watak wanita bertudung daripada mengenakan tudung itu sendiri. Namun, pengarah Khir Rahman banyak membantunya dalam filem Pencinta.

Dia yang dilahirkan di Essex, England dan anak ketiga daripada empat beradik ini turut mendapat kerjasama daripada para pelakon lain terutama Johan Ashari yang merupakan teraju utama filem terbitan Grand Brilliance tersebut. Malah, ia juga berbeza dengan lakonannya sebelum ini.

"Saya telah berlakon filem Kerat 14, Pak Pong, KL Zombie dan Bravo, watak lakonan saya berbeza. Pencinta menampilkan watak saya yang bukan sahaja bertudung tetapi ia juga adalah antara watak yang paling berat lakonan saya," katanya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...