Searching...
Friday 15 June 2012
08:34 0

Siapa Gerangan Artis Rahsiakan Kehamilan?

KUALA LUMPUR, 15 JUN2012: Selepas mengalami kekeguguran pada kali pertama kehamilannya, pelakon Rebecca Nur Islam, 25, kini hamil buat kali kedua.

Sengaja merahsiakan berita gembira tersebut di peringkat awal kehamilannya, Rebecca berkata baru kini dia bersedia untuk muncul dan memberitahu mengenai kandungannya yang sudah pun mencecah lima bulan. 

"Alhamdulilah, saya rasa bersyukur sangat kerana Tuhan memberikan saya rezeki untuk hamil sekian kalinya. 

"Perasaan gembira itu sukar untuk digambarkan dan kali ini saya banyak berdoa semoga kandungan saya ini selamat sentiasa.

"Saya sengaja merahsiakan kandungan ini walaupun ramai pihak bertanyakan kepada saya. 

"Tetapi baru kini saya berani untuk bercerita kerana tak mahu terlalu teruja seperti kandungan saya sebelum ini yang akhirnya tidak menjadi," jelasnya kepada murai.com.my selepas sidang media drama bersiri slot Akasia berjudul Dejavu di Kinabalu di Preview Lounge, Cathay Cineleisure, e@Curve, semalam.

Bimbang pisang berbuah dua kali, Rebecca memberitahu dia berasa sangat beruntung kerana sepanjang kehamilannya kali ini telah dijaga dengan lebih rapi oleh suaminya, Nor Azam Datuk Sulaiman, 43. 

"Biasalah, suami saya orang yang paling gembira dengan kehamilan saya. Dia sentiasa menjaga dan mengawal setiap pergerakkan saya supaya lebih berhati-hati. 

"Malah dia akan pastikan ke mana sahaja saya pergi perlu berteman serta ada pemandu yang akan membawa saya. 

"Saya juga juga tidak dibenarkan melakukan apa sahaja termasuk mengangkat apa-apa barang. 

"Tindakannya itu membuatkan saya rasa sangat beruntung dan rasa dihargai oleh suami," luahnya lagi. 

Biarpun sedang hamil, Rebecca masih menjalani penggambaran drama bersiri Dejavu di Kinabalu yang baru sahaja berakhir 14 Jun 2012.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...