Searching...
Sunday 3 June 2012
17:16 0

Shila Amzah Dah Naik Harga

Memetik dari Mingguan Malaysia hari ini, nilai token yang perlu dibayar kepada Shila Amzah kini menjadi buah mulut dalam kalangan orang industri.

Isu tersebut semakin hangat diceritakan apabila baru-baru ini Shila telah di jemput untuk menjayakan sebuah program oleh sebuah stesen televisyen.

Apabila pihak produksi memberitahu berkenaan nilai token yang akan dibayar, terus Shila minta supaya bayaran tersebut dinaikkan lagi.

Orang industri mana boleh hendak duduk diam. Habislah dijajanya cerita tersebut. Betul ke Shila semakin ‘demand’?

Adakah mungkin disebabkan dia sedang hangat bercinta dengan Sharnaaz Ahmad, nilai token yang perlu dibayar juga meningkat?

Tapi jika dilihat semula, kos sara diri semakin meningkat. Apatah lagi jika hidup sebagai selebriti.

Ramai juga artis yang merungut berkenaan dengan bayaran token yang tidak pernah meningkat dari dulu lagi.

Selepas tolak segala perbelanjaan seperti petrol dan makan minum, berapa yang artis kita dapat?

Kalau artis atau selebriti tersebut betul-betul berbakat, apa salahnya kalau nak ‘demand’.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...