Searching...
Wednesday 27 June 2012
01:54 3

Shahz Jaszle Bakal Bertunang Hujung Tahun ini


Shahz Jaszle yang juga hero untuk filem Azura dan bekas teman lelaki kepada Miera Liyana nampaknya bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.. Shahz Jaszle yang kini bercinta dengan Redzwani akan merisik teman wanitanya itu pada 15 Julai dan merancang untuk mengikat tali pertunangan pada hujung tahun ini..

Melalui MH online, Shahz Jaszle juga sempat menceritakan detik-detik perhubungannya bersama Redzwani..

“Kami sudah berkawan sejak setahun yang lepas namun perhubungan menjadi lebih serius bermula April lalu iaitu selepas hubungan saya bersama Miera Liyana putus,”

“Sejak daripada awal perkenalan lagi saya amat menyenangi sikapnya yang menghormati orang lain, sopan santun dan baik budi pekerti. Pendek kata, Redzwani mempunyai ciri-ciri wanita yang saya impikan.”

Wah! tak sabar nak tengok Shahz Jaszle ni bersanding kan.. harap segala perancangan Shahz Jaszle dan teman wanitanya untuk bertunang akan berjalan dengan lancar hendaknya.. Kalau boleh percepatkan lah tarikh perkahiwinan tu.. tak bagus bertunang lama-lama.. ;)

3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...