Searching...
Friday 29 June 2012
00:47 1

Selena Gomez Lancarkan Wangian Terbaru


Penyanyi Hollywood yang terkenal dengan lagu ” Love You Like A Love Song”, Selena Gomez telah melancarkan wangian terbaru beliau pada tanggal 9 jun 2012 bertempat di Macy’s Herald Square, New York.

Sepanjang majlis pelancaran produk, iaitu bermula dari 8 jun 2012, Selena Gomez telah memberikan 5 wangian eksklusif beliau kepada 350 orang peminat terawal yang hadir di majlis pelancaran tersebut. Selain itu, peminat-peminat turut menerima pass VIP untuk berjumpa dengan Selena dan bergambar dengan penyanyi terkenal tersebut.

Namun begitu, sepanjang majlis pelancaran wangian tersebut, teman lelaki beliau iaitu Justin Bieber tidak dapat hadir bersama kerana mengadakan persembahan untuk Summertime Ball yang bertempat di Stadium Wembley, England.

Berikut merupakan iklan untuk wangian terbaru dari Selena Gomez. Selamat menonton!




1 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...