Searching...
Wednesday 13 June 2012
22:53 0

Samsung TecTile



Samsung TecTile adalah inovasi terbaru daripada Samsung di mana Anda boleh miliki satu stiker TecTile dan apabila di letak berhampiran smartphone Anda, cip daalm TecTile itu akan mengaktifkan kesemua fungsi serta tetapan yang telah diprogramkan padanya sebelum ni. Sebagai contoh jika Anda memiliki satu TechTile kemudian Anda memprogram TecTile itu untuk mengaktifkan panggilan telefon, meghantar upate terbaru ke Facebook/Twitter secara automatik, membuka capaian WiFi secara automatik, mengaktifkan mod senyap secara automatik.. kesemua itu akan dilakukan setiap kali Anda meletak TecTile berhampiran smartphone Samsung milik Anda.

Idea utama disebalik TecTile adalah untuk mengaktifkan dua hingga 6 aplikasi atau tetapan serentak tanpa sentuhan jari. Samsung TecTile hanya berfungsi pada smartphone Samsung yang dilengkapiNFC (Near Field Communicator) supaya isyarat dari TecTile dapat diterima oleh sensor NFC dalam smartphone Samsung kemudian diterjemahkan menjadi commanad untuk mengaktifkan aplikasi/tetapan telefon yang telah diprogramkan oleh pemilik smartphone Samsung.

Setiap setting pada TecTile boleh diubah-ubah mengikut keperluan pemiliknya. Inovasi ini sangat memudahkan. Setakat ini, antara model smartphone Samsung yang boleh digunakan bersamaTecTile adalah Samsung Galaxy Nexus, Samsung Galaxy S3, Samsung Galaxy S Blaze 4G,Samsung Galaxy S 4G dan Samsung Galaxy S2 model Amerika.

Untuk menggunakan Samsung TecTile, Anda perlu download aplikasinya dari Google Play Marketterlebih dahulu, beli sebuah Samsung TecTile (atau beli lebih dari satu TecTile) kemudian programkan TecTile comel itu melalui aplikasinya di dalam smartphone. Satu Samsung TecTile dijual pada harga RM44.97 bersamaan $14.99 Dolar Amerika, dijangka berada di Malaysia menjelang Julai-Ogos 2012. Pada saat kami keluarkan artikel ini, Samsung TechTile masih belum terdapat di laman webSamsung Mobile Malaysia, informasi mengenainya Anda boleh baca terlebih dahulu dari laman webSamsung Global.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...