Searching...
Friday 15 June 2012
13:40 0

Sadis..Wanita Obes Maut Tercekik Makanan


Britain – Seorang wanita obes yang telah menjalani pembedahan gastric bypass bagi mengecilkan bahagian perut dan usus, meninggal dunia selepas dia tercekik makanan yang dimakannya.

Gastric Bypass merupakan pilihan paling kerap yang digunakan untuk pembedahan penyakit obes.

Dianne Bernadette Cooper-Clarke, 64, maut selepas gagal berhenti daripada makan, menyebabkan makanan tersebut tercekik di kerongkongnya sehingga mengakibatkannya mengalami kesukaran bernafas.

Dianne menjalani pembedahan itu secara diam-diam dan merahsiakan daripada pengetahuan anggota keluarganya.

Namun masalah mula timbul apabila dia mula makan dengan berlebihan selepas menjalani pembedahan tersebut.

Perkara itu didedahkan dalam inkuiri yang dijalankan oleh pihak berkuasa bagi menentukan punca kematian wanita itu pada 9 Disember tahun lalu di kediamannya di Barripper.

Menurut pakar forensik, Hugh Jones, yang menjalankan bedah siasat ke atas Dianne, saluran dari mulut ke perut mangsa telah membengkak kerana dia makan berlebihan sehingga menyebabkan makanan itu disalurkan semula ke bahagian kerongkong.

“Keadaan ini menyebabkan kesukaran bernafas hingga membawa maut.

“Terdapat terlalu banyak makanan di bahagian kerongkongnya. Doktor tidak menemui sebarang bukti wujudnya kanser dan apa yang boleh kita sahkan ialah mangsa telah menjalani pembedahan gastric itu,’’ katanya.

Dalam pada itu, anak lelakinya, Yvan Clarke memberitahu mereka tidak mengetahui Dianne menjalani pembedahan gastric bypass kerana wanita itu memaklumkan kepada anggota keluarganya bahawa dia hanya menjalani pembedahan untuk penyakit kanser.

Yvan bagaimanapun berkata, dia menyedari ada sesuatu yang tidak kena namun sejak pembedahan itu berat badan ibunya mula turun dan dia juga makan dalam jumlah yang sedikit

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...