Searching...
Monday 18 June 2012
20:51 0

Perancangan Xbox Generasi Baru Kelihatan Melalui Dokumen Yang Tersebar Di Internet


Setelah beberapa tahun konsol Xbox 360 diperkenalkan, laporan mengenai konsol generasi baru mereka, dikenali sebagai “Xbox 720″ buat masa ini telah pun mula kedengaran sejak beberapa bulan sebelum ini. Dan hari ini, sebuah dokumen khas tersebar di arena internet, memperlihatkan perancangan untuk konsol generasi baru daripada Microsoft itu. 







Melalui dokumen tersebut, beberapa perkara yang dikongsikan adalah termasuk berkenaan Xbox 720 dan juga Kinect 2. Konsol generasi baru daripada Microsoft itu dikatakan akan membawakan sokongan memainkan Blu-ray, output dalam bentuk 3D, dan pelbagai aksesori tambahan padanya. Dari segi prestasi pula, ia mengatakan akan membawakan prestasi sehingga 6 kali ganda lebih baik berbanding sekarang.

Pada masa yang sama, ia juga mengatakan kandungan akan di sync pada pelbagai peranti seperti mana diumumkan oleh Microsoft baru-baru ini, iaitu melalui penggunaan SmartGlass.

Walaubagaimanapun, memandangkan dokumen tersebut hadir daripada perbincangan pada tahun 2008, berkemungkinan beberapa perkara telah ditambah baik, dengan teknologi yang lebih terkini. Pada masa yang sama juga kesahihan berkaitan dengannya tidak diketahui, apatah lagi Microsoft semestinya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengan ini.

Jadi, mungkinkah kita akan dapat melihat pengumuman Xbox generasi baru pada tahun hadapan?

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...