Searching...
Saturday 23 June 2012
05:29 0

Pengasas MegaUpload Akan Menawarkan Perkhidmatan Muzik-Awan Dinamakan MegaBox


Kim Dotcom, iaitu pengasas MegaUpload berkongsi akan paparan antaramuka pertama perkhidmatan Megabox melalui akaun Twitter beliau, dan masih tidak diketahui bilakah ia akan dilancarkan kepada umum.

Daripada paparan antaramuka yang dikongsikan, ia dilihat, MegaBox kelak akan menawarkan perkhidmatan untuk membeli lagu, integrasi sosial, disamping para pengguna turut boleh memuat-naik lagu tanpa had, serta mendengar terus melaluinya. Pengguna juga tuurt sama boleh membuat carian muzik dan mendengar terus melalui laman MegaBox tersebut.

Sebelum ini, pengasas MegaUpload pernah berkongsi beberapa info menarik berkaitan MegaBox, mengatakan perkhidmatan terbaru tersebut kelak akan menawarkan sokongan untuk artis menjual lagu mereka, disamping turut menjana pendapatan dengan menawarkan lagu mereka secara percuma (duit dikongsikan bersama daripada pendapatan iklan). Namun, ia tidak diketahui MegaBox yang akan diperkenalkan kelak akan turut menyertakan fungsi tersebut atau akan diubah serba sebanyak padanya.

Sama-sama kita nantikan MegaBox daripada pengasas MegaUpload yang popular sebelum ia disita oleh pihak berkuasa awal tahun ini.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...