Searching...
Tuesday 5 June 2012
12:41 1

Peminat Sudah Bosan Dengan Lakonan Shaheizy Sam

TERTARIK dengan satu surat kiriman peminat yang bercerita perihal Shaheizy Sam yang dilihat sudah tidak seperti dulu yang disiarkan baru-baru ini. Pada pandangan saya ada benarnya kata-kata itu. Mengapa Sam terlalu banyak berlakon filem-filem yang kurang berkualiti yang pada akhirnya akan membinasakan dirinya?

Kalau dulu sayalah orang pertama yang akan ke panggung setiap kali ada filem baru lakonan Sam. Malah saya masih ingat semua ahli keluarga juga akan sama-sama menyokong Sam sebab kami suka akan lakonannya.

Tapi sayang, sekarang tidak lagi. Banyak filem yang Sam lakonkan bukan berkelas A dan merapu-rapu yang layak dibuat telefilem sahaja. Jadi sudah tiba masanya untuk Sam berehat dan memilih filem yang benar-benar memberikan impak.

Kualiti tidak dikira melalui berapa banyak kuantiti filem. Ikut hati mati, ikut rasa binasa.

Cik Mat,

Johor.

1 comments:

  1. Ikut filem melayu, kadang² ngantuk mata pun kuyu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...