Searching...
Friday 22 June 2012
16:18 1

Panas ! Gambar Mesra Maya Karin Dengan VIP Bergelar Datuk

AKTRES jelita Maya Karin menolak dakwaan terbaru kononnya dia sedang menjalinkan hubungan dengan seorang tokoh korporat berstatus Datuk.

Terbaru, bintang filem Ombak Rindu ini dilihat seolah-olah mempunyai hubungan mesra dengan individu yang merupakan cucu kepada ahli perniagaan ternama pada sebuah majlis makan malam dekat sini, malam Rabu lalu.

Mengulas mengenai gosip itu, Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 33, mengaku menghadiri majlis tersebut bersama lelaki berkenaan tetapi tidak mempunyai hubungan istimewa seperti didakwa.

“Benar saya menghadiri majlis makan malam itu dan duduk semeja dengan beliau tetapi saya hadir atas jemputan sebagai tetamu syarikatnya dan tiada apa-apa yang istimewa antara kami.

“Kalau hendak tahu, saya kerap berurusan dengan syarikat tersebut dalam projek-projek tertentu seperti kempen alam sekitar dan beberapa lagi. Hubungan kami memang baik sejak tiga hingga empat tahun lalu, sebab itu saya di undang sebagai tetamu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, petang Khamis.

Maya berkata gosip itu adalah tidak berasas kerana dia masih solo sehingga hari ini sejak bercerai dengan bekas suami Muhammad Ali Abdullah atau Steven David Shorthose pada 16 Julai 2010.
Maya duduk bersebelahan dengan seorang tokoh korporat bergelar Datuk ketika menghadiri sebuah majlis makan malam di ibu negara, malam Rabu lalu.

“Sehingga hari ini saya masih solo dan belum temui pengganti. Tiada apa yang hendak dirahsiakan jika saya sudah ada teman baru.

“Saya mahu menikmati kehidupan solo ini sepuas-puasnya dan melakukan perkara-perkara yang saya suka seperti mengembara tanpa ada sekatan,” katanya.

Beralih pada perkembangan kerjaya, Maya yang ditemui pada pelancaran filem terbarunya berjudul Jwanita, baru-baru ini berkata, dia sangat teruja untuk menggalas watak wanita psiko dalam filem arahan Osman Ali itu.

1 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...