Searching...
Friday 22 June 2012
16:26 0

Panas ! Anzalna Tidak Peduli Tuntutan Neelofa!

PELAKON, Anzalna Nasir memilih untuk tidak mengambil tindakan berhubung tuntutan daripada pelakon dan pengaraca, Neelofa yang mahu dirinya menjelaskan serta membuktikan tuduhan berdasarkan kenyataan dalam sebuah akhbar mingguan baru-baru ini.

Bekas peserta Dewi Remaja 2010 itu, telah diberikan tempoh tujuh hari untuk membalas balik tuntutan Neelofa itu yang sepatutnya berakhir hari ini.

Anzalna ketika dihubungi portal murai.com.my berkata, dia menerima nasihat serta arahan daripada presiden Seniman, Zed Zaidi supaya menyerahkan sepenuhnya perkara tersebut kepada pihak persatuan berkenaan untuk diselesaikan.

"Buat masa sekarang saya tidak memberi sebarang maklum balas terhadap tuntutannya.

"Memandangkan kami di bawah persatuan Seniman, jadi Zed Zaidi menyarankan saya supaya tidak melayan atau mengambil tindakan daripada tuntutan Neelofa itu.

"Pihak Seniman sendiri mahu mengadakan perjumpaan diantara saya, Neelofa dan Tasha Shila untuk berbincang dan menyelesaikan masalah ini secara baik.

"Bukan hendak menyerahkan seratus peratus kepada Seniman, tetapi rasanya lebih baik jika saya tidak melayan perkara ini.

"Lagipun, saya terima surat daripada pengumananya (Neelofa) tiga hari selepas dia mengadakan sidang media," katanya.

Anzalna bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu kontroversi yang berlaku antaranya dan Neelofa.

Terdahulu Anzalna telah mengeluarkan kenyataan menerusi akhbar BiPop pada 10 Jun 2012 bertajuk Anzalna bidas Lofa yang disifatkan Neelofa sebagai memfitnahnya.

Kemudian Neelofa telah melantik peguam untuk mengendalikan kes tersebut dan mereka telah pun menghantar tuntutan notis (notice on demand) kepada Anzalna untuk menjawab dalam masa tujuh hari bermula 13 Jun lalu.

Sungguh pun begitu, Anzalna berkata dia bersyukur kerana apa yang berlaku tidak memberi kesan kepada dirnya malah dimurahkan rezeki dengan menerima lebih banyak tawaran berlakon.

"Alahamdulilah, setakat ini semua orang yang berjumpa dengan saya memberi pandangan positif dan saya tidak rasa dipandang hina atau bersalah oleh sesiapa.

"Malah, saya diberi sokongan yang kuat oleh keluarga termasuk pihak luar.

"Lebih melegakan saya lagi, apabila tawaran berlakon tidak putus-putus datang dan ternyata apa yang berlaku tidak memberi kesan kepada kerjaya saya," jelasnya lagi.

Anzalna kini sedang menjalani penggambaran drama 2 Dalam 1 untuk tayangan TV3 sempena Aidilfitri dan drama bersiri Adam dan Hawa (Astro).

Menjelang Ramadan ini, Anzalna bakal menjalani pengambaran telemovie dan drama yang masih belum diketahui judulnya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...