Searching...
Sunday 17 June 2012
15:34 0

Nubhan Bercinta Dengan Gadis Tiong Hua?


KUALA LUMPUR – Bekas pelajar Akademi Fantasia yang memiliki suara gemersik, Nubhan, dikatakan dalam diam sedang hangat menjalin hubungan cinta dengan seorang model jelita berbangsa Cina.

Blog hiburan terkenal, Rotikaya.com, mendedahkan mengenai gosip yang melanda penyanyi berkulit cerah itu setelah menerima satu kiriman emel yang diterima mereka baru-baru ini bersama beberapa keping gambar Nubhan dan model tersebut.

Menurut emel tersebut, Nubhan yang fasih berbahasa Mandarin itu sering bertemu dengan model itu di sekitar Kuantan.

“Menurut pengirim e-mail, Nubhan kini sedang hangat bercinta dengan model Cina yang berlakon bersama dalam video muzik untuk lagu terbaru berjudul Picisan.

“Salah satu sebab mereka mula serasi adalah kerana kebolehan Nubhan bertutur dalam bahasa Mandarin dengan fasih dan mereka bertemu di Kuantan, Pahang,” tulis blog tersebut mengenai gosip yang terkandung di dalam emel peminat tersebut.

Model itu juga dikatakan selalu berulang-alik dari Kuala Lumpur – Kuantan untuk memenuhi jemputan sebagai model dan mengambil peluang itu untuk bertemu Nubhan di sana.

Bagaimanapun, model yang terlibat sebagai “heroin” di dalam pembikinan video klip lagu terbaru Nubhan itu tidak dikenali identiti atau nama sebenarnya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...