Searching...
Friday 8 June 2012
00:08 0

Nokia Lumia 900 Berharga RM1799 Di Malaysia


Selain daripada Nokia 808 PureView, ia juga didapati beberapa Nokia Store tempatan telah mula menjual peranti Windows Phone yang dinantikan ramai daripada Nokia, iaitu Nokia Lumia 900. Peranti tahan lasak yang dinantikan ramai itu dijual pada harga RM1799 di Malaysia.
Dari segi spesifikasi, Nokia Lumia 900 membawakan skrin sentuh AMOLED ClearBlack bersaiz 4.3-inci, kamera 8-megapixel, kamera hadapan 1-megapixel dengan sokongan panggilan video, bateri dengan masa bercakap sehingga 8 jam, dan masa bertahan sehingga 400 jam, serta dijana menggunakan cip pemprosesan 1.4Ghz serta platform Windows Phone.
Walaubagaimanapun, apa yang kami sedia maklum adalah dimana peranti tersebut masih belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia, dengan pihak Nokia Malaysia dalam perancangan untuk mengadakan sesi pengenalan untuk media pada minggu hadapan.
Daripada apa yang diketahui, beberapa Nokia Store, termasuk antaranya Nokia Store di Bukit Tinggi Klang telah pun mula menjual peranti tersebut bermula hari ini.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...