Searching...
Sunday 24 June 2012
09:19 0

Muat Naik Gambar Di Facebook Sebelum Bunuh Diri

Taiwan – Bunuh diri ketika `chatting’ bersama rakan-rakan di laman sosial Facebook. Itu yang berlaku kepada Claire Lin pada hari ulang tahunnya yang ke-31.

Kerana marahkan teman lelakinya yang tidak pulang ke rumah bagi meraikan hari jadinya, dia bertindak bodoh dengan mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Selepas menyalakan arang di dalam biliknya, Claire sempat memuat naik imej biliknya yang dipenuhi dengan asap.

Entri terakhirnya dalam FB menunjukkan Claire bersembang dengan sembilan orang rakannya.

Salah seorang rakan yang dikenali sebagai Chung Hsin turut menasihatkan Claire supaya bertenang dan membuka pintu bilik serta memadamkan api tersebut.

Namun Claire membalasnya “Asap ini menyesakkan. Ia juga membuat mata saya berair. Jangan menulis lagi,”.

Beberapa rakan yang lain cuba menasihatkannya supaya tidak mengambil jalan bodoh itu, namun tiada seorang pun daripada mereka menghubungi 911 ataupun polis.

Ayat terakhir yang ditulis oleh Claire ialah “Sudah terlambat. Bilik saya penuh dengan asap. Saya baru memuat naik gambar. Saya akan mati. Saya masih mahukan FB (Facebook). Mesti racun FB. Haha.”

Mayatnya hanya ditemui keesokan hari oleh teman lelaki Claire.

Namun keluarga wanita berkenaan kesal kerana tiada seorang pun rakan FB Claire yang menghulurkan bantuan sepanjang sejam tujuh minit dia bersembang dengan mereka.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...