Searching...
Friday 15 June 2012
13:24 0

Menarik!! Budak Berusia 5 Tahun Jadi Bidan Terjun


Britain – Baru berusia lima tahun, namun Joby Graves merupakan wira kepada ibunya, Kelly.

Ini kerana, Joby bukan sahaja membantu ibunya melahirkan adiknya di rumah malah dia juga berjaya menyelamatkan nyawa bayi berkenaan dengan melepaskan tali pusat yang membelit leher adiknya itu.

Ketika menceritakan detik-detik mendebarkan itu, Kelly berkata, dia mengalami sakit hendak bersalin secara tiba-tiba di rumahnya dan ketika itu hanya ada Joby.

Namun budak berkenaan membuktikan dia berkebolehan menjadi bidan terjun dan berjaya melaksanakan tugas berkenaan dengan baik, malah sempat menyelamatkan bayi Harley Jae yang tidak dapat bernafas akibat lehernya terbelit di bahagian leher.

Sambil membawa tuala, dia menggunakan untuk memegang bayi tersebut dengan bantuan Kelly.

“Saya yakin Joby membantu menyelamatkan nyawa Harley. Jika dia tidak melepaskan tali pusat itu, saya terpaksa melakukannya sendiri dan mungkin akan mengambil masa untuk menyelamatkan Harley.

“Harley tercekik dan Joby tahu apa yang perlu dilakukan. Saya amat bangga dengannya. Dia amat tenang dan saya telah memandang rendah pada keupayaannya sebelum ini,” katanya.

Menurut Kelly, ketika Harley dalam kandungan, Joby begitu teruja kerana bakal mendapat adik baru, justeru bukan sesuatu yang mengejutkan apabila dia menghulurkan bantuan.

“Selama ini dia sentiasa mengikut saya ketika membeli baju adiknya serta peralatan lain dan apabila dia mengetahui akan mendapat seorang adik lelaki, keterujaannya itu semakin bertambah.

“Joby juga merupakan pembantu saya di rumah dan apabila saya tertekan, dia sentiasa menenangkan saya,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...