Searching...
Friday 8 June 2012
08:59 0

Mat Rempit Maut Bawah Lori

KUALA LUMPUR – Dua remaja maut, manakala dua lagi cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Ipoh, menghala ke pusat bandar, awal pagi semalam.

Tiga motosikal yang ditunggangi empat remaja dipercayai mat rempit itu hilang kawalan dan terbabas, lalu merempuh sebuah lori dan van yang sedang berhenti untuk pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada jam 3.32 pagi.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, penunggang motosikal, Muhammad Shafuan Ismail, 16, maut di tempat kejadian setelah terperosok ke bawah lori tiga tan yang membawa muatan ikan.

“Seorang lagi penunggang yang maut dikenali sebagai Muhammad Hafiz Naim Mohamad Termizi, 15, setelah motosikalnya bergesel dengan sebuah van yang datang dari arah sama,” katanya.

Menurutnya, dua lagi rakan mereka iaitu penunggang motosikal, Muhammad Syukor Aman Rashid Nizam, 16, dan pemboncengnya, Muhammad Haziq Lukman 18, mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

“Ketika kejadian, kesemua mangsa menunggang motosikal dengan laju dan tidak sempat memberhentikan kenderaan sebelum merempuh sebuah lori dan van tersebut,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati kesemua mangsa tidak memiliki lesen motosikal. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Harun Omar di talian 019-3731710 atau Balai Trafik Kuala Lumpur 03-20719999.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...