Searching...
Sunday 3 June 2012
21:31 0

Kenali Lima Penggodam Perempuan Paling Popular













Kristina Svechinskaya

Berbangsa Rusia dan berpindah ke Amerika atas alasan mencari rezeki. Mula Kristina bekerja di kedai makanan segera di Massachussets. Dia kemudian berpindah di New York untuk mencuba nasib disana kerana gaji di kedai makanan segera agak sedikit. Di New York, dia diandaikan telah menyertai rangkaian pelajar kolej tempatan yang mana melakukan penipuan di Internet.

Kristina telah mencipta Trojan yang dinamakan "Zeus Trojan" yang telah membolehkan kumpulan itu mendapatkan butir-butir akaun bank dan dengan Trojan itu, dia dan kumpulannya dikatakan telah mampu mencuri 3 juta Dollar Amerika.
Dia telah ditahan pada tahun 2010 dan akan didakwa bersama-sama 8 ahli kumpulannya. Dia berdepan hukuman penjara 40 tahun dan denda 1,250,000.00 Dollar Amerika.















Adeanna Cooke

Adeanna Cooke merupakan seorang bekas model di Playboy Playmate.
Gambar diatas merupakan antara gambar Adeanna Cooke yang telah disalahgunakan oleh oleh beberapa orang lain. Apabila Adeanna mendapati ada laman web yang menggunakan gambarnya , dia akan menggodam laman web tersebut dan memadam gambar tersebut. Dia telah digelar "hacktivist" dan menolong beberapa rakannya yang mempunyai masalah yang sama, Adeanna telah mendapat nama "Hacker Fairy" kerana penggodamannya.



















Ying Cracker

Diundi sebagai penggodam perempuan kedua paling popular selepas Adeanna. Ying Cracker ialah seorang guru di China, dia mengajar mengenai cara-cara menggodam dan ia mendapat pendapatan hasil daripada kelas tersebut. Ying Cracker sememangnya layak digelar sebagai cracker kerana kemampuannya dalam menggodam perisian-perisian komputer. Menolong orang ramai menggodam perisian komputer juga merupakan sebahagian daripada bisnesnya.



















Xiao Tian

Xiao Tian - ketua kepada kumpulan Cn(China) Girl Security Team yang telah menyerang Google China bertubi-tubi dan mengakibatkan Google menarik perkhidmatan mereka di China. China Girl Security Team mempunyai ahli sebanyak 2,217 dan Xiao Tian berumur 19 tahun ketika mengetuainya. Selain daripada hacking, Xiao Tian juga merupakan seorang yang obses dalam fesyen. Merupakan hacker kedua di Asia paling popular selepas Ying Cracker



















Ada Lovelace

Merupakan hacker perempuan paling dihormati dalam sejarah hacking. Merupakan seorang yang pakar dalam bidang Matematik. Lahir pada 10 Disember 1815 dan meninggal dunia pada 27 November 1852. Dia telah mencipta alogaritma komputer pertama di dunia dan dianggap sebagai pengaturcara komputer pertama di dunia. Many thanks to you Ada Lovelace :)

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...