Searching...
Wednesday 13 June 2012
22:50 0

iPhone 3GS Tidak Serasi iOS6


Mahu atau tidak, pengguna iPhone 3GS terpaksa melupakan telefon mereka, let go kemudian beli modeliPhone terbaru jika mahu menikmati kelebihan yang ada pada iOS6. iPhone 3GS diperkenalkan pada Jun 2009 dan model telefon lama ini semakin dilupakan saat jutaan pemilik iPhone sibuk membeli model telefon Apple yang baru dimunculkan di pasaran. Setiap update sistem operasi iOS yang Apple keluarkan pasti tidak serasi sangat untuk smartphone lama, menjadikan pemilik smartphone lama itu terpaksa membeli telefon baru ataupun memberi telefon lama begitu sahaja kepada rakan-rakan mahupun ahli keluarga.

Dengan kemunculan iOS6, ia memberi petanda bahawa iPhone 5 pasti dipekenalkan juga menjelang Oktober 2012 ini sepertimana iPhone 4S yang muncul pada Oktober 2011. Antara fungsi dalam iOS6yang serasi dengan fungsi iPhone 3GS hanyalah versi iTunes App Store yang dikemaskini ke versi terbaru, aplikasi-aplikasi yang dikemaskini ke versi terbaru, penggunaan Cloud Tab pada pelayar web Safari dan integrasi nyata ke Facebook. Ini semua sudah memadai bagi pengguna biasa namun bagi pengguna yang sukakan ciri terbaru pada sebuah iPhone, lebih baik dapatkan model terbaru misalnya iPhone 4S. Berita buruk – iPhone 3GS amat tidak serasi dengan Siri, fungsi canggih turn-by-turn dalam Apple Maps, Photo Stream, FaceTime menggunakan 3G (bukan WiFi seperti biasa), Offline Reading List dan iPhone Hearing Aid.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...