Searching...
Saturday 23 June 2012
05:41 2

iPad 2 Kekal RM1199



Jika Anda kurang mampu membeli iPad Baharu (The New iPad) kini berharga RM1499, Anda boleh mengalih fokus kepada iPad 2 yang kini cuma berharga RM1,199 sahaja. Harga iPad 2 di Malaysia ni adalah separas dengan harga Samsung Galaxy Tab 2 saiz 7 inci yang kini diperkenalkan pada harga RM1299 membawakan memori dalaman 8GB. Dengan iPad 2, memori paling rendah yang ditawarkan oleh Apple adalah 16GB siap dengan capaian Wifi, jika Anda mahu beli versi Wifi + 3G harga iPad 2 itu mencecah RM1,599. Saiz iPad 2 tetap sama dengan iPad Baharu cuma bezanya iPad Baharumenggunakan cip versi terbaru, memiliki Retina Display dan memiliki resolusi skrin yang lebih besar dari iPad 2. Andai kata Anda mahu sebuah iPad untuk menaip, bermain games kala kelapangan atau untuk melayari internet tanpa mengharap laptop tapi bajet Anda sederhana sahaja, kami sarankan iPad 2 untuk Anda. Untuk membaca perbandingan jelas antara iPad 2 dengan iPad Baharu, masuk ke Apple Malaysia Online Store.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...