Searching...
Wednesday 13 June 2012
16:31 0

Ibu Durjana Bantu Anak Lakukan Jenayah



California – Seorang wanita dari Northridge telah didakwa dengan pelbagai tuduhan jenayah selepas dia didapati membantu anak perempuannya bersama dua lagi rakan, melakukan vandalism ke atas premis persendirian dan kepentingan awam.

Catharine Whelpley, 43, didakwa dengan tiga tuduhan iaitu membantu remaja bawah umur melakukan jenayah, dua tuduhan vandalism, dua tuduhan menceroboh dan dua tuduhan merosakkan kenderaan.

Whelpley didakwa membantu anaknya yang berusia 14 tahun bersama rakannya yang berusia masing-masing 14 dan 13 tahun untuk melakukan vandalism di dua buah rumah.

Bagi tujuan itu, dia sanggup menghantar anaknya itu ke rumah terbabit termasuk rumah bekas rakan sekolah anaknya.

Remaja tersebut didakwa membuang tisu tanda di rumah tersebut dan menuang sirap dan najis manusia di atas kereta milik mangsa.

Selepas kejadian itu, Whipley kemudiannya membawa anaknya itu ke pasar raya bagi membeli tisu tandas lagi bagi membolehkannya digunakan ke atas rumah yang menjadi sasaran mereka.

Di rumah kedua, remaja berkenaan telah menuang sirap dan menulis perkataan buruk di atas laluan pejalan kaki di rumah terbabit.

Kesemua remaja terbabit mengaku salah kepada pihak berkuasa.

Bagaimanapun mereka terbabit tidak berdepan sebarang pendakwaan kerana tindakan mereka tidak menyebabkan kerosakan kekal ke atas rumah mangsa, hanya dikenakan tindakan disiplin di sekolah.

Namun Whipley, jika sabit kesalahan bagi semua tuduhan berkenaan, bakal berdepan hukuman penjara 7 tahun dan denda hingga $13,500.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...