Searching...
Thursday 28 June 2012
02:04 1

Haha..Ambik Kau Nak Wheelie Sangat !!


Ini adalah salah satu video yang tidak digalakkan ditiru aksinya kerana risiko bahayanya terlalu tinggi. Silap-silap, melayang nyawa nanti. Beberapa anak muda sedang gembira apabila salah seorang dari rakan mereka melakukan aksi ‘wheelie’ ketika menunggang motorsikal.

Nak dijadikan cerita, mungkin tertekan pedal minyak motor terlalu kuat, motor yang ditunggang ter’wheelie’ tinggi ke atas. Akhirnya, terhumban ke dalam longkang!


Yang boleh dijadikan lawak dan lucu, tukang rakam iaitu rakan-rakan kepada si penunggang tadi hanya menggelakkan sahaja apa yang terjadi kepada rakannya yang seorang itu. Yang menunggang motor itu pula, terbaring di dalam longkang, tetapi jelaslah reaksi di wajahnya.

Cuma, tak tahu. Dia menangis atau ketawa sama? Macam-macam hal pun ada.

1 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...