Searching...
Tuesday 26 June 2012
23:30 0

Hackeries – Baca Artikel Menarik Dari Hacker News Dengan Mudah


Bagi mereka yang gemar mengikuti perkembangan dunia pengaturcaraan dan juga startup, mungkin sedia maklum akan salah satu majalah digital yang dibangunkan pembangun tempatan, Hacker Monthly. Kini, pembangun daripada MentariWorks pula hadir dengan projek baru dinamakan sebagai Hackeries.

Melalui Hackeries, ia mengumpulkan kisah-kisah menarik daripada laman popular Hacker News, sekaligus memaparkannya dalam bentuk menarik. Ia juga terus menghantar pembaca ke pautan asal, sekaligus memudahkan mereka mengikut perbincangan mengenainya dengan senang.

Pada masa yang sama, Hackeries turut menyediakan langganan melalui emel, membolehkan anda menerima pelbagai kemaskini mutakhir terus ke alamat emel anda dengan mudah.

Bagi anda yang berminat dengan dunia rekabentuk, pengaturcaraan, web dan sebagainya, mungkin boleh ke laman Hackeries hari ini, dan mengikuti pelbagai perkara dengan mudah melaluinya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...