Searching...
Friday, 29 June 2012
00:49 2

Ella Bakal Tamatkan Zaman Bujang, Nikah Pilot?



Ratu Rock Negara, Ella atau nama sebenarnya Norizal Aminudin, 46 tahun dikhabarkan akan berkahwin dengan seorang jejaka yang mempunyai kerjaya sebagai juruterbang bagi sebuah syarikat penerbangan swasta pada 7 Julai ini di kediaman perempuan berlokasi di Klang, Selangor.

Memetik laporan rakan media,, Ella & jejaka yang dikenali sebagai A itu telah dilihat menghadiri kursus kahwin di Pusat Bandar Damansara pada 3 & 4 Mac yang lalu.

Pelontar suara Baldu Biru ini walau bagaimanapun masih belum mengesahkan sebarang berita mengenai perkahwinan ini. sekiranya apa yang disampaikan oleh saksi adalah benar, apa salahnya Ella mengaku. Perkara elok tak baik disorok, kan?

Ella merupakan salah satu penyanyi wanita yang berjaya memecah rekod sebagai Bestselling dengan jumlah jualan mencecah 300 000 ribu semasa zaman kemuncaknya melalui album Ella USA. Jasa Ella dalam mengharumkan nama Malaysia di persada dunia mendapat penghargaan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan penganugerahan Pingat Jasa Kebaktian pada tahun 2003. Selain itu, Ella turut menerima Pingat Setia Mahkota Pahang pada tahun 2010.

2 comments:

  1. semoga bernikah segera, itu yg lebih afdal

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...