Searching...
Sunday 3 June 2012
22:07 0

Cincin Di Jari, Diana Danielle Nafi Di Risik Farid Kamil


Pada Majlis Malam Gala Tayangan Media Filem ‘Jiwa Taiko’ yang lalu, pihak media terlihat Diana Danielle memakai cincin di jari manisnya lantas menimbulkan tanda tanya adakah Diana Danielle telah dirisik oleh keluarga Farid Kamil sebelum ini?..

Untuk mendapatkan kepastian, Pihak media telah mengajukan soalan tersebut kepadanya dan Diana Danielle menafikan cincin itu adalah cincin merisik daripada Farid Kamil namun mengaku cincin itu pemberian Farid Kamil sempena ulangtahun ketiga percintaan mereka berdua..

Wah! dalam diam sudah 3 tahun mereka berdua ni bercinta kan?.. Tambah Diana Danielle lagi hubungan percintaan mereka berdua sedang di dalam proses untuk melangkah ke alam perkahwinan namun masih belum dipastikan lagi sama ada dalam tahun ini ataupun tahun hadapan.. MyGosip harap segala perancangan Diana Danielle dan Farid Kamil untuk berkahwin akan berjalan dengan lancar hendaknya.. Lagi cepat lagi bagus kan..

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...