Searching...
Tuesday 26 June 2012
11:38 0

Bubu Jawab Kontroversi Gambar Peluk Cium

KUALA LUMPUR, 26 JUN 2012: Kisah percintaan dua negara antara penyanyi popular Indonesia, Syahrini atau Fatimah Syahrini Zailani bersama anak kerabat diRaja Selangor, Raja Mohammad Syazni atau Bubu sedang hangat diperkatakan.

Malah kisah percintaan mereka telah dihangatkan lagi dengan kontroversi foto masing-masing bersama pasangan lain yang tersebar luas di laman blog dan web.
Namun, ketika bertemu dengan Bubu sewaktu Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo 2012 petang semalam, dia memberitahu bahawa dia dan Syahirini punya hak untuk bergambar dengan apa cara sekalipun.

"Kami hanya orang biasa sahaja yang berkelakuan sama seperti orang lain.

"Malah saya rasa kami punya hak masing-masing untuk bergambar dengan apa cara sekalipun.

"Jadi saya rasa tiada apa yang hendak diperjelaskan lagi dengan foto-foto tersebut," katanya yang hadir menemani bapanya, Raja Mohammad Rashid Raja Salehuddin yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Carefree.

Syahrini yang popular dengan lagu Kau Yang Memilih Aku di Indonesia sebelum ini pernah digosipkan bersama penyanyi, Anang.

Sudah dua tahun menjalinkan hubungan dengan Syahrini, Bubu memberitahu dia agak tertekan dengan segala kontroversi yang melanda dirinya terutama di Indonesia.

"Saya hanya orang biasa yang menjalankan perniagaan sendiri tetapi apabila semua ini melanda diri saya ,sudah tentu sedikit sebanyak memberi tekanan kepada saya.

"Namun, saya cuba untuk tidak mengambil kisah dengan apa yang berlaku dan lebih banyak mendiamkan diri," jelasnya.

Mei lalu, Bubu dan Syahrini telah mengadakan sebuah sidang media bagi memperjelaskan hubungan mereka yang kini sedang intim.

Dalam sidang media tersebut juga Bubu telah meperjelaskan dia bukan cucu sulatan Selangor yang didakwa pihak media Indonesia, sebaliknya hanya kerabat diRaja berkenaan.

Ditanya mengenai perancangan hubungan mereka, Bubu memberitahu dia hanya menyerahkan jodoh kepada ketentuan Tuhan.

"Sudah tentu kami ada merancang untuk berkahwin, tetapi semuanya saya serahkan kepada ketentuan Tuhan," tambahnya lagi.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...