Searching...
Friday 8 June 2012
00:33 0

Asus Transformer AIO Tablet 18 Inci


Biasanya kita cuma dengar desktop pc all in one (AIO) tapi kini sudah ada tablet all in one menggabungkan Android dan Windows 8 dalam satu. Asus memperkenalkan tablet terbaru mereka dengan ciri sedemikian, di namakan Asus Transformer AIO bersaiz 18.4 inci, mempunyai fungsi dual boot untuk pengguna memilih sama ada mahu mengaktifkan Windows 8 ataupun Android ketika alat ini mula dihidupkan. Saiznya memang agak besar – nampak sesuai untuk kegunaan di rumah juga di pejabat namun ia kurang sesuai untuk dijadikan gajet peribadi memandangkan saiznya yang sangat besar berbandingtablet biasa. Tablet ini adalah jenis ‘dockable‘ yang boleh di angkat ke mana-mana dan diletak menegak di atas dock untuk menonton atau menikmatik hiburan seperti dalam gambar di atas. Skrin Asus Transformer AIO adalah jenis LED-backlit dengan fungsi sentuhan jari, sebuah butang tersedia untuk pengguna bertukar ke fungsi Android jika tidak mahu menggunakan fungsi Windows 8. Spesifikasi hardware yang lengkap, jumlah resolusi skrin, kepantasan cip, tarikh pelancaran dan harga tidakdiberitahu oleh Asus. Kemunculan Asus Transformer AIO menandakan era transformasi tabletsebagai alat perkomputeran dominan menggantikan laptop juga desktop pc.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...