Searching...
Friday 8 June 2012
00:35 0

Asus Tablet 810


Asus Tablet 810 adalah tablet terbaru daripada Asus memuatkan Windows 8 dengan bateri sehingga 13 jam, ini adalah tablet pertama mereka dipasang dengan cip Intel hasil binaan dari kejuruteraan Clover Trail. Jika cip dibina dari kejuruteraan Ivy Bridge banyak digunakan pada ultrabook dan desktop prestasi tinggi, cip Clover Trail pula di sasarkan untuk tablet. Asus Tablet 810 memiliki skrin 11.6 inci dengan resolusi maksima 1366 X 768 piksel, keyboard dock, cip pemproses Intel Atom, RAM 2GB dan storan 64GB, kamera belakang dengan lensa berkuasa 8MP, kamera depan dengan lensa 2MP, sambungan Bluetooth 4.0, palam HDMI, palam USB, capaian Wifi. Ini adalah percubaan berani Asus mengeluarkantablet Windows 8 pertama setelah berjaya dengan tablet Android yang mendapat sambutan hangat seperti Asus Transformer dan Asus Transformer Prime. Lebih mengujakan Asus Tablet 860 juga menyokong penggunaan pen stylus. Pemiliknya boleh mencatit nota menggunakan tulisan tangan, melakar, melukis, menggaris atau mempoin sesuatu dengan lebih tepat pada skrin berbanding mempoin menggunakan hujung jari. Tablet ini masih belum lagi dipasarkan, ia cuma dipamerkan kepada umum ketika Computex 2012 di Taipei. Kami menjangka Asus Tablet 810 akan dilancarkan pada 3 bulan terakhir 2012 dengan beberapa ciri tambahan untuk menjadikannya lebih bagus.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...