Searching...
Friday 15 June 2012
08:24 0

Apex Dan Leuniey Nafi Bercinta, Tapi Tunjuk Cincin 'Bukti' Cinta?

KALAU dahulu, penjaga gawang gol skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex dilanda gosip yang mengatakan dia bercinta dengan seorang gadis manis bernama Leuniey.

Hubungan itu dikatakan berlaku hingga menyebabkan tali pertunangan Leuniey dengan seorang lelaki terputus di tengah jalan.

Tetapi, Apex menafikan gosip tersebut dan kenyataan itu disokong oleh bekas tunang Leuniey sendiri yang mengatakan Apex tiada kena-mengena dengan kekecohan cerita cinta yang timbul.

Mungkin rezeki untuk kedua-dua belah pihak, Apex dan Leuniey dipertemukan sebagai model dalam iklan komersial minyak wangi milik penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.
Sekali lagi timbul cerita mengatakan mereka mempunyai hubungan cinta. Dan sekali lagi juga kedua-dua mereka menafikan kenyataan serta menepis semua dakwaan tersebut

Namun, sedikit pelik kerana sekarang ini, mereka dikatakan sedang hangat menyulam kasih dan sayang antara satu sama lain!

Apex dan Leuniey dikatakan tidak segan untuk menyatakan ‘sesuatu’ di laman-laman sosial yang semakin banyak ketika ini.
Terbaru, Apex menggungakan gambar gabungan mukanya dengan seorang gadis yang kalau diperhatikan wajahnya mirip seperti Leuniey di profil Blackberry Messengernya (BBM).

Selain itu, Apex juga ada memuat naik beberapa gambar yang jarinya memakai sebentuk cincin dengan ‘caption’ menunjukkan seorang permaisuri telah pun hadir dalam hidupnya.

Tindakan Apex itu sama juga dilakukan oleh Leuniey. Gadis cantik itu juga telah memuat naik gambar jarinya yang memakai cincin dan gambar mukanya yang sama aplikasinya dengan Apex.
 
Apex dan Leuniey bercintakah? Apa kata anda?

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...