Searching...
Wednesday 13 June 2012
15:47 0

Alias: Umno sudah nyanyuk kerana perintah terlalu lama



ALIAS

KUALA TERENGGANU – Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Dr Alias Razak mempersendakan Umno dengan menyifatkan parti itu nyanyuk akibat pemerintahan yang terlalu lama.

Beliau turut mengaitkan sikap tersebut sebagai punca kegagalan dalam pembinaan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak apabila berlaku runtuhan bumbung bangunan itu pada Jun 2009 yang turut menggemparkan negara.

“Apabila Umno perintah terlalu lama, akan menjadi nyanyuk. Apabila sudah nyanyuk, hendak melakukan apa pun tidak akan menjadi. Bina stadium, stadium pula runtuh,” katanya.

Adun Bukit Tunggal itu turut mendakwa insiden yang berlaku itu tidak sepadan dengan kos pembinaannya yang menelan hampir RM300 juta itu.

Katanya, ia tidak sepatutnya menerima nasib seumpama itu, lebih-lebih lagi insiden runtuhan bumbung tersebut berlaku tidak lama dengan tempoh ia siap dibina.

Dalam masa sama, beliau turut kecewa dengan masalah yang berlaku itu kerana tidak mampu diselesaikan walaupun sudah tiga tahun berlalu.

Kos yang diperuntukkan itu mampu memberikan pendidikan percuma kepada 15,000 pelajar,” katanya.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dalam kenyataannya sebelum ini menafikan pihaknya tidak mengambil serius dalam menyelesaikan isu stadium terbabit.

Menurutnya, kerajaan telah memberikan peruntukkan sebanyak RM14 juta kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) di samping menggesa jabatan terbabit mempercepatkan proses mengeluarkan tender.

Ahmad berkata sebagai menjawab kenyataan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut bahawa keadaan sama akan berlaku terhadap stadium tersebut jika rakyat terus memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) mentadbir Terengganu pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, jika berlaku peralihan kuasa di negeri ini, pihaknya akan membuat kajian terlebih dahulu bagi menyelesaikan masalah tersebut namun tidak memberi jaminan sama ada akan membaik pulih atau sebaliknya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...