Searching...
Wednesday 13 June 2012
02:22 0

Alhamdulillah, Osman Kering Kembali Pulih Dan Stabil

BERITA baik buat para peminat dan semua orang yang mengenali Osman Kering.
Menurut status Twitter wartawan Melodi, Zuan Azmi, Osman Kering kini dilaporkan sudah kembali pulih dan stabil. Difahamkan, doktor telah mencuci buah pinggang Osman pagi tadi dan kini dia berada wad ICU, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Untuk pengetahuan, semalam kecoh mengenai khabar angin mengatakan Osman Kering telah meninggal dunia namun itu semua telah dinafikan apabila anak perempuannya, Nur Ain, mengesahkan sendiri bahawa Osman masih hidup. Apa pun, mari kita doakan agar Osman Kering semakin sihat.




0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...